Rabu, November 22, 2023

Tip atau Tips

1.Perkataan yang betul ialah tip.

2.Tip bermaksud petua atau maklumat dalaman yang sangat berguna.

3.Perkataan tip juga bermaksud (sedikit) wang atau upah yang diberikan kepada pelayan hotel sebagai tanda menghargai khidmatnya.


Contoh ayat :

Bagaimanakah anda boleh menghasilkan karya yang berkualiti ?

Berikut disenaraikan beberapa tip khusus dalam penulisan kreatif seperti puisi,cerpen,novel dan drama.

1.Karya mengandungi pemikiran dan perasaan.

2.Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik.

3.Karya mempunyai nilai-nilai murni.

4.Karya mampu merangsang pemikiran pembaca.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan