Mana satukah ejaan yang betul ?
Temuduga atau temu duga.
Ejaan yang betul ialah temu duga.
Perkataan temu duga ialah kata majmuk.
Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.
Oleh itu kata majmuk dieja dua perkataan kecuali kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan seperti warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu.
Apakah maksud temu duga ?
1.Tanya jawab antara majikan dengan pemohon kerja dan lain-lain , interviu;
2.Tanya jawab antara pemberita dengan seorang tokoh politik dan lain-lain (untuk mendapat berita dan lain-lain),
3.Temu ramah, temu bual, wawancara, interviu; bertemu duga bertanya jawab (antara pemohon kerja dgn majikan, antara wartawan dgn tokoh politik dan lain-lain)
Contoh ayat temu duga.
1.Temu duga
untuk jawatan pengurus akan diadakan pada hari Isnin di pejabat syarikat.
2.Saya tidak
dapat hadir ke temu duga yang dijadualkan kerana ada komitmen lain.
3.Temu duga secara
terbuka di pasar raya besar itu berjaya menarik perhatian hampir 100 orang
individu yang tidak mempunyai pekerjaan.
4.Pengalaman
saya dalam temu duga sebelum ini telah membantu saya lebih bersedia untuk
menghadapi cabaran yang akan datang.
5.Sila bawa
dokumen penting semasa temu duga agar proses penilaian dapat berjalan dengan
lancar.
6.Bila-bila sahaja dia boleh datang temu duga dengan penarik-penarik beca yang benar-benar tahan lasak itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan