Pendahuluan
Peribahasa
Melayu ada menyebut, membaca jambatan ilmu. Membaca merupakan salah satu
amalan yang sangat penting dalam kehidupan remaja.Dengan membaca lahirlah insan yang berilmu, berakhlak dan berpandangan
jauh. Dalam dunia yang terlalu bergantung kepada pengaruh media sosial amalan membaca
tidak boleh dipandang rendah kerana melalui bahan bacaanlah seseorang
memperoleh maklumat, mengasah pemikiran kritis dan meningkatkan daya
kreativiti. Oleh itu, banyak faedah membaca kepada remaja.Tabiat membaca mesti
dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.
Faedah Pertama: Menambah Ilmu
Pengetahuan
Dengan membaca remaja memperoleh ilmu pengetahuan baharu
dalam pelbagai bidang seperti sains, teknologi,kejuruteraan ekonomi dan kesusasteraan. Contohnya remaja
yang rajin membaca buku akademik dan bahan ilmiah akan lebih mudah memahami
pelajaran di sekolah serta berdaya saing dalam peperiksaan berbanding rakan
mereka yang tidak membaca. Ilmu yang luas ini juga dapat digunakan sebagai
bekalan untuk menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar.
Faedah Kedua: Meningkatkan Kemahiran
Berbahasa
Selain menambah
ilmu, membaca turut membantu remaja meningkatkan kemahiran berbahasa. Dengan membaca novel, cerpen, artikel, dan
karya sastera remaja dapat menambah kosa kata, mempelajari struktur ayat yang
betul serta meningkatkan kecekapan tatabahasa. Kemahiran ini amat penting bagi
memastikan pelajar lebih cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya
dalam penulisan karangan di peringkat SPM.
Faedah Ketiga:
Membentuk Jati Diri dan Sahsiah Mulia
Bahan bacaan yang baik seperti buku motivasi, karya agama
dan majalah pendidikan berupaya membentuk jati diri yang positif. Remaja dapat
meneladani nilai-nilai murni seperti rajin, amanah, bertanggungjawab dan
berdisiplin melalui kisah-kisah teladan yang dibaca. Hal ini secara tidak
langsung mampu membendung gejala sosial dan salah laku yang kian membimbangkan.
Faedah Keempat:
Melatih Pemikiran Kritis dan Kreatif
Membaca juga melatih remaja berfikir secara kritis dan
kreatif. Misalnya, membaca buku sains fiksyen atau karya inovasi dapat
merangsang daya imaginasi dan idea baharu. Pemikiran sebegini penting untuk
melahirkan generasi muda yang mampu mencipta teknologi baharu dan bersaing di
peringkat global.
Penutup
Kesimpulannya,
membaca membawa pelbagai faedah kepada remaja. Antaranya menambah ilmu pengetahuan,
meningkatkan kemahiran berbahasa, membentuk jati diri, serta melatih pemikiran
kritis dan kreatif. Oleh itu, semua pihak termasuk ibu
bapa, guru dan masyarakat hendaklah berganding bahu memupuk budaya membaca
dalam kalangan remaja. Jika remaja
menjadikan membaca sebagai amalan harian, maka akan lahirlah generasi yang
berilmu, berwawasan dan mampu menjadi pemimpin pelapis negara pada masa
hadapan.
Soalan Latihan (FAQ Mini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan