Jumaat, Mei 21, 2010

Perbezaan Pedalaman dan Pendalaman

Ramai yang keliru penggunaan pedalaman dan pendalaman.

Pedalaman
Daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: 


Contoh ayat :                              Foto :Flickrs

1. Beliau menjadi orang yang paling berpe­ngaruh di daerah pedalaman
2. Penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah pedalaman

Pendalaman

Perihal mendalamkan, tindak­an (proses dan lain-lain) mendalamkan.
                                   




Contoh ayat :                    foto : awangshetong flickrs

Kerja pendalaman sungai yang cetek itu giat dijalankan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan