Soalan Ramalan 2010
Daripada analisis soalan peperiksaaan yang dilakukan ,karangan jenis surat kiriman rasmi belum pernah keluar dalam peperiksaan UPSR Tahun 2005 - 2009. 
Kelab Kajian Tempatan    sekolah kamu akan mengadakan  lawatan ke Stesen Penyiaran RTM di Angkasapuri Kuala Lumpur.    Tuliskan sepucuk surat kepada pengarah stesen tersebut untuk memohon  kebenaran. 
Kelab Kajian Tempatan,
Sekolah    Kebangsaan Pulau Sekati,
23000, Dungun,
Terengganu.    
____________________________________________________
Pengarah,
Stesen    Penyiaran RTM,
Angkasapuri,
50164    Kuala Lumpur.                        10 MEI 2010.
Tuan,   
Memohon    Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran RTM
Dengan  segala hormatnya    dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati akan  mengadakan lawatan    ke Stesen Penyiaran RTM di Angkasapuri.    
2.      Lawatan    ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada  murid-murid    tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di RTM.Tambahan    pula televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi  pengetahuan    kepada murid-murid.
3.   Untuk makluman    tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :                       
                              Tarikh : 25.MEI.2010
                           Masa     : 9.00 pagi
                              Ahli    : 35 orang termasuk 3 guru  pengiring   
4.   Kami amat    berbesar hati sekiranya tuan dapat meluluskan permohonan kami.  Kerjasama    daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.                                 
Yang  menjalankan    tugas,
            
(NUR AINI BT AMAN)
Setiausaha Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati.
Setiausaha Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati.