Memaparkan catatan dengan label karangan Surat Kiriman Rasmi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karangan Surat Kiriman Rasmi. Papar semua catatan

Isnin, Mei 29, 2017

Surat Mohon Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Kelab Alam Sekitar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Bauk,
23000 Dungun,
TERENGGANU DARUL IMAN.

_____________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Bauk,
23000 Dungun,
TERENGGANU DARUL IMAN.                                             28 MEI 2014

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Kempen 'Sayangi Alam Sekitar'

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Alam Sekitar Sekolah akan mengadakan Kempen Sayangi Alam Sekitar peringkat sekolah.Kempen ini bertujuan untuk membudayakan amalan menyayangi alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.

2.  Butiran kempen tersebut adalah seperti ketetapan yang berikut :

     Tarikh : 28 Jun 2017
     Masa :  9.00 pagi hingga  11.00 pagi
     Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Bauk

3.  Saya berharap agar permohonan ini dapat tuan pertimbangkan. Kerjasama daripada tuan amatlah  saya hargai.

Sekian , terima kasih.

Saya yang benar,


Setiausaha,
Kelab Alam Sekitar Sekolah
Sekolah Kebangsaan Bukit Bauk



-->

Rabu, Februari 15, 2012

TIDAK HADIR KE SEKOLAH 2


Andaikan bahawa kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana pulang ke kampung setelah menerima berita kematian nenek kamu. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memberitahu beliau tentang perkara tersebut .

Kampung Burung Baru,
23000  Dungun,
Terengganu.
_________________________________________

Guru kelas,
Tahun 6 Bestari,
Sekolah Kebangsaan Padang Pulut,
23000, Dungun,
Terengganu.                             20 MAC  2010   
          
Cikgu,

Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Berhubung dengan perkara di atas, saya Nurul Afiqah Bt. Mohd Noor , murid Tahun 6 Bestari ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang ke kampung ayah di Besut,Terengganu kerana menziarahi arwah nenek yang meninggal dunia dua hari yang lalu.  

2.     Jenazah nenek saya  telah selamat dikebumikan pada sebelah petang pada hari beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.Saya memohon maaf kerana tidak dapat mengikuti pelajaran di sekolah sepanjang tiga hari tersebut.Saya berjanji akan menyalin kembali semua kerja sekolah yang diberi oleh guru daripada rakan-rakan.

3.     Bersama-sama surat ini, saya sertakan sijil kematian nenek saya  untuk perhatian dan makluman cikgu. Saya berharap cikgu dapat memaafkan saya.   


Sekian ,terima kasih.         


Yang benar,


( NURUL AFIQAH BT MOHD NOOR ) 



Rabu, Jun 09, 2010

Surat Pesanan Buku


Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah buku cerita dalam surat khabar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus pemasaran untuk memesan buku-buku tersebut. 

Contoh Jawapan :

Kampung Kemudi,
23000, Dungun,
Terengganu.
_____________________________________________
Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Sasmurni Sdn. Bhd.,
23 & 24, Jalan Murai,
80400, Johor Bahru.                              10 MAC 2010.

Tuan,

Memesan Buku

Merujuk kepada perkara di atas, saya Mohd Aikal Bin Asri telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan.

2.     Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut :
   
 Bil.     Judul Buku                           Kuantiti         Harga Seunit
 1.      Misteri Rumah Api                 1              RM 3.00
 2.      Misteri Patung Bernyawa        1              RM 4.00
 3.      Rahsia Kotak Hitam               2              RM 4.00  
                                                         Jumlah            RM 11.00   

3.     Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 007 yang bernilai RM 11.00. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih. 

Yang benar,


( MOHD AIKAL BIN ASRI )

Tidak hadir Ke Sekolah


Soalan Ramalan 2010

Andaikan bahawa kamu diserang demam panas. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah selama tiga hari. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memberitahu beliau keadaan kamu.

Kampung Burung Baru,
23000  Dungun,
Terengganu.
_________________________________________

Guru kelas,
Tahun 6 Bestari,
Sekolah Kebangsaan Padang Pulut,
23000, Dungun,
Terengganu.                                                     20 MAC  2010   
          
Cikgu,

Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Berhubung dengan perkara di atas, saya Nurul Afiqah Bt. Mohd Noor , murid Tahun 6 Bestari ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana diserang demam panas.  

2.     Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di Pusat Kesihatan Daerah Bukit Besi. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama tiga hari.

3.     Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah seperti biasa.   


Sekian ,terima kasih.        


Yang benar,


( NURUL AFIQAH BT MOHD NOOR ) 

Surat Kiriman Rasmi

 Soalan Ramalan 2010

Daripada analisis soalan peperiksaaan yang dilakukan ,karangan jenis surat kiriman rasmi belum pernah keluar dalam peperiksaan UPSR Tahun 2005 - 2009.

 
Kelab Kajian Tempatan sekolah kamu akan mengadakan  lawatan ke Stesen Penyiaran RTM di Angkasapuri Kuala Lumpur. Tuliskan sepucuk surat kepada pengarah stesen tersebut untuk memohon kebenaran. 

Kelab Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati,
23000, Dungun,
Terengganu.
____________________________________________________
Pengarah,
Stesen Penyiaran RTM,
Angkasapuri,
50164 Kuala Lumpur.                       10 MEI 2010.

Tuan,   
                                                
Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran RTM

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran RTM di Angkasapuri.    
              
2.     Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di RTM.Tambahan pula televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan kepada murid-murid.
    
3.   Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :                      
                          Tarikh : 25.MEI.2010
                          Masa  : 9.00 pagi
                          Ahli    : 35 orang termasuk 3 guru pengiring   
                                 
4.   Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat meluluskan permohonan kami. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.
       
Sekian.                            


Yang menjalankan tugas,
           
(NUR AINI BT AMAN)
Setiausaha Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati.