CONTOH KARANGAN.
KUALA Terengganu , 24 Mac – JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu berjaya menangkap seekor harimau di Kampung Besul Lama, Bukit Besi dekat Dungun, hari ini.
Harimau jantan terbabit berjaya ditembak dengan peluru pelali ketika sedang berehat dalam kawasan terletak kira-kira 300 meter daripada jalan utama di kampung terbabit pada 3.30 petang.
Menurut
Pengarah PERHILITAN Terengganu Dr Abdul Malik
Mohd Yusof , harimau ini akan dibawa Pusat Menyelamat
Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai, Perak.
Beliau berkata, berdasarkan aduan penduduk yang mendakwa masih ada seekor lagi harimau di kawasan berkenaan dan pihaknya akan meneruskan operasi terbabit dan mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan operasi menangkap harimau tersebut
Penduduk mendakwa, ia adalah kejadian pertama seumpamanya sepanjang 60 tahun kampung ini dibuka.Penduduk kampung kini boleh menarik nafas lega dan tidur lena dengan tertangkapnya haiwan liar berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan