Memaparkan catatan dengan label Karangan Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karangan Berita. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 31, 2020

Contoh Karangan Berita UPSR

 

CONTOH KARANGAN.

KUALA Terengganu , 24 Mac – JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu berjaya menangkap seekor harimau di Kampung Besul Lama, Bukit Besi dekat Dungun, hari ini.

 Harimau jantan terbabit berjaya ditembak dengan peluru pelali ketika sedang berehat dalam kawasan terletak kira-kira 300 meter daripada jalan utama di kampung terbabit pada 3.30 petang.

 Menurut Pengarah PERHILITAN Terengganu Dr Abdul Malik Mohd Yusof , harimau ini akan dibawa Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai, Perak.

 Beliau berkata, berdasarkan aduan penduduk yang mendakwa masih ada seekor lagi harimau di kawasan berkenaan dan pihaknya akan meneruskan operasi terbabit dan mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan operasi menangkap harimau tersebut

 Penduduk mendakwa, ia adalah kejadian pertama seumpamanya sepanjang 60 tahun kampung ini dibuka.Penduduk kampung kini boleh menarik nafas lega dan tidur lena dengan tertangkapnya haiwan liar berkenaan.

Sabtu, Januari 04, 2020

Karangan jenis berita


Cara penulisan Karangan jenis berita

1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2. Berita mesti menjawab soalan 
Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?

3. Apa ?
Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita
Memberi maklumat kepada keseluruhan berita

4. Siapa ?
Nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap
Jika perlu sertakan usia pelaku

5. Bila ?
Menerangkan masa peristiwa itu berlaku
Tarikh yang tepat

 Kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu letakkan waktu’

1. Mengapa ?
Sebab-sebab peristiwa berlaku
Jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan “belum diketahui” atau “pihak polis belum mendapat bukti”

2. Di mana ?
Tempat kejadian peristiwa
Jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri

3.Bagaimana ?
Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya. 
 Mulakan penulisan dengan mencatatkan ‘tempat’ (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku.

Contoh : JERTEH, 24 Disember -

Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peristiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)

4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.

5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.

6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ‘panjang-lebar’.

7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas




CONTOH KARANGAN BERITA
SOALAN;
Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut. Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Rangka.

1. PENDAHULUAN:

Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.

2. ISI

a)berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu lalu-beberapa orang ditahan.
b) membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima  orang ditahan -salah seorang ialah
          pakar mekanik.
c)polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai di bengkel tersebut.

3.PENUTUP

          seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang lelaki
berkenaan.


CONTOH KARANGAN.

KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.

          Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.

          Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik.

          Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.

          Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.



Sumber : http://rohana-rahman-bm.blogspot.com

Ahad, Mac 05, 2017

Contoh Pendahuluan Karangan Berita

KUALA LUMPUR, 1 MAC 2017 - Suatu kemalangan ngeri yang melibatkan lima buah kenderaan berlaku di Jalan Wakaf Abu, pagi tadi.

Rabu, Februari 13, 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah



Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.Tuliskan sebuah berita tentang sambutan Hari Guru tersebut.


Rangka Karangan :

Format : Berita

Rabu, Julai 28, 2010

Contoh Karangan Berita


Karangan jenis berita

1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.

2. Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?

3. Apa ?
menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita
memberi maklumat kepada keseluruhan berita

4. Siapa ?

nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap
jika perlu sertakan usia pelaku

5. Bila ?

menerangkan masa peristiwa itu berlaku
tarikh yang tepat
untuk kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu letakkan waktu’

1. Mengapa ?
sebab-sebab peristiwa berlaku
jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan “belum diketahui” atau “pihak polis belum mendapat bukti”

2. Di mana ?
tempat kejadian peristiwa
jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri

Bagaimana ?
menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.

3. Mulakan penulisan dengan mencatatkan ‘tempat’ (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku. 

Contoh : DUNGUN, 28 Julai -

Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peristiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)
4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ‘panjang-lebar’.
7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas 

CONTOH KARANGAN BERITA

SOALAN;

Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut. Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Rangka.

1. PENDAHULUAN:
Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.

2. ISI
a)       berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu lalu-beberapa orang ditahan.
b)              membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima  orang ditahan -salah seorang ialah
          pakar mekanik.
c)       polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai di bengkel tersebut.

3.PENUTUP

          seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang lelaki
berkenaan.

CONTOH KARANGAN.

KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.

          Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.

          Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik

          Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.

          Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Mutusamy .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.