Memaparkan catatan dengan label Karangan Syarahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karangan Syarahan. Papar semua catatan

Isnin, September 05, 2011

Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum


Soalan :

Kamu telah terpilih memasuki satu pertandingan syarahan.Tajuk syarahan yang ditetapkan ialah “Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum”.

Yang_______________hormati Tuan _____________________Majlis, Yang ___________________Tuan Guru Besar, ____________hakim yang ______________lagi bijaksana, guru-guru dan rakan- ________________sekalian.Pada ____________ ini saya akan _________________________syarahan yang bertajuk________________
_____________________


______________________________,



Kegiatan kokurikulum ialah ______________di luar __________ darjah. sekolah. Antaranya ___________ aktiviti badan beruniform, kelab dan _________________ serta sukan dan permainan. Semua ___________________ digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum.
Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat ______________ masa lapang kita. Mereka ____________masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka ___________ sibuk dengan_______________di sekolah.    Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.  
                                              
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat ________________ murid menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan __________ menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.  
                                                  
Di samping itu, dengan _____________________kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat _____________untuk mencapai kejayaan. Murid yang tidak ______________susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini berlaku kerana masa latihan itu sudah dibazirkan. 

Muat Turun Karangan Syarahan di sini

Isnin, Jun 27, 2011

Faedah Membaca

Soalan:

Tuliskan sebuah karangan jenis syarahan yang bertajuk Faedah membaca

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
 
          Tajuk syarahan saya ialah ‘ Kepentingan Membaca’. Membaca adalah satu amalan yang mulia. Membaca boleh memberi manfaat kepada kita semua.


Hadirin yang dihormati,
          Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.

Rakan-rakan sekalian, 

        Dengan membaca kita dapat mengisi masa lapang. Jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Oleh itu, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti berbual-bual kosong , melepak di pasar raya dan sebagainya.

          Di samping itu, dengan membaca, kita  boleh membaiki penguasaan bahasa kita. Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata.Justeru kita juga dapat mengetahui perkataan baru.

          Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan hidup. Manusia yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai banyak ilmu.

          Sekian , saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima kasih.