Karangan    jenis berita
1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2. Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa    ? Di Mana ? dan Bagaimana?
3. Apa ? 
menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan    berita
memberi maklumat kepada keseluruhan berita
4. Siapa ?
nama    yang terlibat perlu penjelasan lengkap
jika perlu sertakan usia pelaku
5. Bila ?
menerangkan masa peristiwa itu berlaku
tarikh yang tepat 
untuk kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu letakkan    waktu’
1. Mengapa ?
sebab-sebab peristiwa berlaku
jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan “belum diketahui”    atau “pihak polis belum mendapat bukti”
2. Di mana ?
tempat kejadian peristiwa
jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah    yang terpencil, letakkan sekali nama negeri
Bagaimana ?
menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.
3. Mulakan penulisan dengan mencatatkan ‘tempat’ (huruf besar)    diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku. 
Contoh : DUNGUN, 28 Julai -
Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan    termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati    kepada peristiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)
4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian    yang lebih ‘panjang-lebar’.
7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas 
CONTOH    KARANGAN BERITA
SOALAN;
Sepasukan    polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur.    Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut.    Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Rangka.
1. PENDAHULUAN:
Sepasukan    polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.
2. ISI
a)       berjaya    mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu lalu-beberapa    orang ditahan.
b)                  membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di    Jalan Ipoh - lima  orang ditahan -salah seorang ialah 
          pakar    mekanik.
c)       polis    menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai    di bengkel tersebut.
3.PENUTUP
          seorang    lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat    tentang lelaki 
berkenaan.
CONTOH KARANGAN.
KUALA    LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri    kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta    curi hasil daripada serbuan tersebut.
          Jurucakap    polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu    yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan    lanjut.
          Hasil    daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah    bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu.    Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik
          Polis    menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu    dijumpai juga di bengkel tersebut.
          Sementara    itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Mutusamy .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang    ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki    berkenaan.