Soalan :
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk cita-cita saya
Semua orang ada cita-cita. Sebagai murid , kita boleh memasang pelbagai impian untuk menjadi apa sahaja. Itulah hebatnya cita-cita. Kita akan lebih bersemangat untuk belajar mencapai cita-cita yang kita impikan.Suatu hari nanti saya ingin menjadi seorang doktor.
Di
sekolah saya menjadi ahli Kelab Doktor Muda. Pengalaman mengikuti lawatan ke
sebuah hospital melihat doktor merawat pesakit membuatkan saya semakin
bersemangat untuk mencapai cita-cita saya. Sesungguhnya ingin menjadi doktor bukanlah
tugas mudah. Saya perlu belajar bersungguh-sungguh. Saya mesti menanamkan minat
kepada pelajaran khususnya mata pelajaran Sains.
Selain
itu saya juga memiliki adik yang sakit
saraf. Sekiranya cita-cita saya termakbul, sekiranya adik saya dipanjangkan
umur ,saya akan berusaha merawat adik saya sebaik mungkin. Begitu juga orang
miskin yang tidak mampu membayar kos rawatan. Sekiranya saya menjadi doktor,
suatu hari nanti saya akan memberikan rawatan kepada mereka secara percuma.
Itulah azam saya.
Sesungguhnya, menjadi doktor suatu tugas yang
mulia.Pekerjaan ini amat dihormati masyarakat. Membantu orang yang dalam
kesusahan atau ditimpa penyakit merupakan satu pertolongan yang sangat mulia.
Semoga
cita-cita saya dizinkan tuhan. Setiap hari saya berdoa agar saya berjaya mencapai
cita-cita saya. Apa yang paling penting, saya mesti rajin belajar dan berusaha
dengan gigih dalam pelajaran.Kejayaan hanya akan datang sekiranya kita berusaha
gigih. Suatu hari nanti saya akan bergelar seorang doktor.
Muat turun contoh karangan cita-cita saya di sini
tqvm .. i like this
BalasPadam