Soalan :
Berikan kegunaan air kepada manusia.
Semua benda hidup memerlukan air. Tanpa air semua hidupan akan mati. Oleh itu air banyak kegunaannya kepada manusia.
Air digunakan sebagai sumber minuman kepada manusia. Kita perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Apabila air mencukupi , tubuh kita akan lebih cergas dan terhindar dari penyakit seperti sembelit dan sebagainya akibat kurang minum air.
Di samping itu air juga digunakan untuk membersihkan tubuh yang kotor. Kita terdedah dengan kotoran selepas melakukan aktiviti di luar rumah. Dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari, tubuh kita akan kembali bersih dan sihat. Bahkan penyakit berjangkit seperti kudis buta dan sebagainya tidak akan mudah menjangkiti kita.
Para petani amat memerlukan air. Mereka akan menyiram sayur-sayuran untuk mengelakkan tanaman mati dan terus hidup subur. Begitu juga dengan penternak. Mereka akan memberi ternakan minum sekurang-kurangnya sekali sehari untuk memastikan ternakan seperti lembu dan kambing terus hidup sihat sebelum dijual kepada pembekal daging.
Manusia juga menggunakan air untuk menghasilkan tenaga elektrik. Kemajuan teknologi menyebabkan banyak empangan dibina untuk menjana tenaga elektrik. Tenaga daripada air digunakan untk memutar dinamo dan menghasilkan kuasa elektrik kepada rumah dan kilang-kilang.
Oleh itu air banyak kegunaannya kepada manusia. Kita perlu menghargai sumber air dan tidak membiarkannya tercemar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan