Karangan Fakta : Jiran
Jiran ialah
orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Jiran kita termasuklah
mereka yang tinggal di sebelah, depan dan belakang rumah kita. Saya tinggal di
rumah teres dan mempunyai ramai jiran yang baik.
Jiran jiran saya sangat peramah. Mereka
sering bertegur sapa sekiranya berada di luar rumah. Jiran saya juga datang
menziarahi rumah ketika ayas saya sakit dan ketika ibu melahirkan adik-adik
saya.
Jiran saya juga suka menghantar
makanan ke rumah saya. apabila mereka memasak sesuatu yang istimewa seperti
nasi beriani dan kuih tradisional. Ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim
antara jiran.
Jiran saya akan memaklumkan kepada
keluarga saya apabila mereka tiada di rumah. Kami sekeluarga akan menjenguk ke
rumah mereka untuk memastikan rumah mereka selamat. Ini akan mewujudkan kawasan
kejiranan yang lebih selamat.
Sekiranya berlaku kecemasan, kita
boleh memohon bantuan dari jiran. Suatu ketika adik saya sakit dan ayah saya
tiada di rumah. Ibu terpaksa membawa adik ke hospital manakala saya tinggal
sementara di rumah jiran.
Jiran-jiran saya turut membantu
sekiranya terdapat majlis atau jamuan. Mereka bergotong-royong menjayakan acara
tersebut dengan gembira. Jiran-jiran turut bergotong-royong membersihkan
persekitaran surau dan kawasan perumahan.
Saya mempunyai jiran yang sebaya dan
belajar di sekolah yang sama dengan saya. Kami sering belajar dan mengulang
kaji pelajaran beramai-ramai. Kami juga sering bertukar pendapat untuk
meningkatkan penegetahuan.
Hidup kejiranan membawa banyak
manfaat kepada kita. Kita mestilah berbuat baik sesama jiran. Saya bersyukur
kerana mempunyai jiran-jiran yang baik.
Sumber :http://karanganskk.blogspot.com/2015/02/karangan-fakta-jiran.html
Sumber :http://karanganskk.blogspot.com/2015/02/karangan-fakta-jiran.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan