Cara penulisan Karangan
jenis berita
1. Perlu memahami
betul-betul kehendak soalan.
2. Berita mesti
menjawab soalan
Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?
3. Apa ?
Menerangkan peristiwa yang
berlaku dan menjadi persoalan berita
Memberi maklumat kepada
keseluruhan berita
4. Siapa ?
Nama yang terlibat perlu
penjelasan lengkap
Jika perlu sertakan usia
pelaku
5. Bila ?
Menerangkan masa peristiwa
itu berlaku
Tarikh yang tepat
Kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu
letakkan waktu’
1. Mengapa ?
Sebab-sebab peristiwa
berlaku
Jika sebab-sebab belum
diketahui , nyatakan “belum diketahui” atau “pihak polis belum mendapat bukti”
2. Di mana ?
Tempat kejadian peristiwa
Jika nama tempat kurang
diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama
negeri
3.Bagaimana ?
Menerangkan cara peristiwa
itu berlaku dan urutan perkembangannya.
Mulakan penulisan
dengan mencatatkan ‘tempat’ (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu
berlaku.
Contoh : JERTEH, 24 Disember
-
Tulis secara ringkas tentang
saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu
berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peristiwa yang berkenaan dalam satu
perenggan sahaja.)
4. Pastikan agar
pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
5. Gunakan bahasa yang
ringkas tetapi padat.
6. Perenggan yang
berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ‘panjang-lebar’.
7. Nyatakan bahagian
penutup secara ringkas
CONTOH KARANGAN BERITA
SOALAN;
Sepasukan polis telah berjaya
menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda
seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut. Panjang karangan
berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Rangka.
1. PENDAHULUAN:
Sepasukan polis berjaya
menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.
2. ISI
a)berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu
lalu-beberapa orang ditahan.
b) membuat
serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima orang
ditahan -salah seorang ialah
pakar mekanik.
c)polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu
dijumpai di bengkel tersebut.
3.PENUTUP
seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan
maklumat tentang lelaki
berkenaan.
CONTOH KARANGAN.
KUALA LUMPUR , 24 Mac -
Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di
sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil
daripada serbuan tersebut.
Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat
beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah
ditahan untuk siasatan lanjut.
Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah
bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu.
Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik.
Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor
kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.
Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki
yang bernama Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket
tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat
tentang lelaki berkenaan.
Sumber : http://rohana-rahman-bm.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan